Halaman

STORMREADERS Cafe ,Sebarkan Ilmu Jana Pendapatan

Selamat Datang Ke Blog STORMREADERS Cafe







Selasa, Februari 16, 2010

STORMREADERS NETWORK

Stormreaders merupakan anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang menerbitkan produk-produk bermutu yang dihasilkan oleh toko-tokoh islam terkenal Malaysia seperti Dato`Dr Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , ustaz Zahazan Mohamed, saudara Irfan Khairi dan lain-lain dalam bentuk buku,kaset, CD dan VCD.

Sebelum meneroka perniagaan ini, khidmat nasihat, pandangan dan muzakarah telah dijalankan dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.

Bagi mempastikan aktiviti ‘network’ ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar.

Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato’ Fadilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.
Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.

Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara.

sumber dari Sifu kak anis dan abang ahaddin

Beli buku Stormreaders di





Tiada ulasan:

Catat Ulasan